Iftar Safi Ramadhan bersama Duta | Nora Danish & Hanis Zalikha

07 July 2015

Assalamualaikum. SAFI, jenama halal no.1 Malaysia mengimarahkan kemuliaan bulan Ramadan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa dan solat tarawih yang bertempat di Royale Ballroom, Royale Chulan, Mutiara Damansara baru-baru ini. Ayue bersama-sama rakan blogger yang lain turut hadir ke majlis berbuka puasa ini.


“Selama lebih dari 20 tahun SAFI jenama halal no.1 Malaysia memahami kehendak kecantikan setiap wanita muslim. Kami melengkapkan kembara cantik mereka dengan inovasi produk kecantikan dirumus dari formulasi teknologi kecantikan terbaik oleh para pakar dari makmal penyeledikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Ia semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak”, Jelas Cik Nor Aziani Azizan Pengurus Kanan Produk SAFI.


“Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, majlis SAFI Ramadan Al-Mubarak ini dianjurkan bagi mendukung kemuliaan bulan Ramadan. Ia juga dianjurkan sebagai simbolik integrasi diantara arus kehidupan moden seharian dan kehendak syariat. Kami tampilkan kelainan pada majlis ini dengan memperkayakan rohani dengan sesi tazkirah SAFI serta solat tarawih yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan semestinya ruang untuk kita merapatkan ukhwah silaturahim sesama hadirin dengan majlis berbuka puasa”, Cik Nor Aziani Azizan ,Pengurus Kanan Produk SAFI berkongsi lebih lanjut tentang keunikan majlis tersebut.


Didalam sesi takzirah SAFI yang mengangkat tajuk “Halal Toyyiban”, Imam Muda Asyraf berkongsi tentang pentingya mencari rezeki yang halal dan melengkapkan kehidupan seharian dengan barangan yang halal. Selain dari itu beliau juga turut menyentuh topik “Ikhlas dalam memberi”, mengingatkan kepada para hadirin pentingnya berkongsi rezeki,ilmu yang diperolehi sesama insan dalam menegecapi hidup yang barakah.


Seterusnya sesi bicara Srikandi SAFI telah membawakan dua wanita SAFI yang menjadi inspirasi setiap wanita, Nora Danish – Duta SAFI RANIA GOLD dan Hanis Zalikha- duta SAFI BALQIS berkongsi pendapat perihal penampilan, keyakinan serta keindahan bulan Ramadan.

“Sebagai seorang ibu, kesibukan kerjaya sebagai seorang anak seni saya ketepikan pada bulan Ramadan dan menjadikan ia sebagai masa yang terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak saya serta mendidik beliau rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa. Mendidik anak-anak berpuasa di zaman moden ini berbeza sedikit, jika dia dapat bertahan separuh hari, saya tambah masa bermain Ipad beliau serta dapat duit poket”, Nora berkongsi perihal melatih anaknya berpuasa.


“Bagi Hanis pula, Ramadan kali ini berbeza buat saya, kalau dulu soal berpuasa dan berbuka semua ibu yang aturkan kini giliran saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam menguruskan hal-hal yang sama. Dulu bangun sahur pun ibu yang kejut, sekarang semua diuruskan sendiri dan ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya”, kongsi Hanis Zalikha duta SAFI BALQIS.



Kedua-dua duta SAFI ini turut berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan penampilan penuh keyakinan. “Pada pendapat Hanis, kunci keyakinan diri seorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti dan kebolehan mereka yang tersendiri dan serlahkan ia dengan penampilan menarik bermula dengan kulit muka cerah sempurna dan tona sekata. SAFI BALQIS WHITE TRILOGY melengkapkan transformasi keyakinan dan penampilan diri saya sekaligus menyerlahkan personaliti dari luar dan dalam”, Hanis berkongsi pendapat mengenai kunci keyakinan diri seorang wanita.


Hanis percaya di dalam bulan Ramadan ini, selain daripada pengamalan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tubuh badan kelembapan kulit wajah juga harus dititik beratkan bagi memastikan kita kelihatan segar dan berasa bermaya dalam menguruskan agenda sibuk seharian.


Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka biasa, Hanis sarankan penggunaan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka berminyak, Hanis sarankan mereka menggunakan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Uniknya produk ini ia berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. Formulasi yang bertekstur ringan ini meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan lembapan dan kesegaran pada kulit” Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah sempurna, lembap dan bermaya dibulan Ramadan.



Duta SAFI RANIA GOLD – Nora Danish pula berpendapat bahawa tiada jalan mudah untuk kecantikan. “Pada pendapat saya seorang wanita yang cantik adalah wanita yang cantik dari segi luaran dan juga dalaman. Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat displin mereka dalam memelihara dan merawat kulit muka dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit muka mendapat manfaat sepenuhnya”. Tambah beliau lagi, “setiap hari adalah hari yang baru untuk kita memperkayakan diri dengan ilmu dan memperindah personaliti kita dan itu tidak berlaku dalam masa yang singkat”.

Bebicara soal rejim kecantikan, beliau bersetuju bahawa wanita seusia beliau perlu menggunakan produk penjagaan kulit muka yang sesuai dengan keperluan kulit diusia tersebut. “Ada wanita yang beranggapan rejim kecantikan anti penuaan hanya diperlukan apabila usia menjangkau 40an, namun tidak ramai yang mengetahui Apabila usia anda mencecah pertengahan 20an, kolagen yang dihasilkan secara semulajadi di bahagian dermis kulit mula berkurangan. Akibatnya, kulit akan kelihatan kusam, kurang anjal dan tidak bermaya”.


“Pada hari ini saya ingin kongsikan dua produk SAFI RANIA GOLD yang menjadi kunci keyakinan diri saya dan rahsia raut wajah cerah dan remaja. Produk yang pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Ia mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Selain daripada itu ia mengandungi molekul lebih kecil dan efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gunakan ia selepas mengguna penyegar dan sebelum memakai krim pelembap”, ujar Nora lagi.


“Produk kegemaran saya yang kedua ini amat membantu dalam mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD mengunci lembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan lembapan dan melicinkan kulit wajah. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimum sehingga 24 jam. Ia umpama meminum Sehingga 8 gelas air”, Nora berkongsi Rahsia kulit kelihatan lembap dan bermaya.


Nurani setiap insan terus diperkaya dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun dan silaturahim setiap insan dieratkan dengan sesi berbuka puasa bersama-sama Duta SAFI BALQIS– Hanis Zalikha dan Duta SAFI RANIA GOLD Nora Danish dengan menikmati seleksi hidangan citarasa tempatan serta pemanis mulut istimewa yang diinspirasikan oleh tiga rangkaian produk SAFI seperti Pulut Tai Tai SAFI BALQIS, Bingka Ubi dan Talam Emas SAFI RANIA GOLD serta Kuih Seri Muka, Talam Keladi dan Kuih Lapis Pelangi SAFI SHAYLA.





Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :
instagram SAFI : @safimalaysia




xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.