Harga Tak Naik di MYDIN selepas GST

31 March 2015

Assalamualaikum~

Saya ni baru je balik dari MYDIN Mall Usj. Hari ni, Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan ke MYDIN USJ sempena persiapan perlaksaan GST & sempena Kempen 'Gerenti Semua MYDIN Tanggung' (GSMT), Harga Tak Naik!


Sebagai syarikat borong dan runcit milik anak watan, MYDIN ingin membantu meringankan beban para pengguna selaras dengan slogan perniagaan MYDIN, iaitu 'Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!'. Jadi, MYDIN telah membuat satu kempen yang dikenali sebagai Kempen 'Gerenti Semua MYDIN Tanggung' (GSMT) yang bertujuan untuk menjaga kepentingan kebajikan para pengguna dan sekaligus mendidik para pengguna akan konsep sebenar GST agar mereka tidak berasa tertekan dengan perlaksaan GST bermula esok, 1 April 2015.


"Kempen GSMT ini merupakan langkah yang jitu dan bukan bersifat retorik semata-mata. Ianya akan dilaksanakan di cawangan-cawangan MYDIN, MYMYDIN, dan KR1M seluruh Malaysia. Hal ini amat penting kerana MYDIN menyedari para pengguna khususnya golongan yang berpendapatan rendah berhak untuk menikmati pembelian barangan pada harga yang mampu milik meskipun berlaku perubahan polisi ekonomi negara contohnya GST. Ramai pengguna beranggapan bahawa perlaksanaan GST akan membebankan mereka kerana para pengguna akan membayar lebihan sebanyak 6% daripada harga jual di pasaran" - Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.




Harga di MYDIN akan kekal sama selepas GST kerana slogan kempen GMST ini adalah "Harga Tak Naik". Contohnya, jika sebelum ini awak membeli 10 jenis barangan dengan harga RM300 di MYDIN sebelum GST, harga itu akan kekal sama apabila awak membeli 10 jenis barangan yang sama di MYDIN selepas GST. Hebat kan? Ibarat kita membeli tanpa ada apa-apa kesan sampingan dari perlaksanaan GST ni.


Contoh resit sebelum dan selepas GST di MYDIN, Harga Tak Naik! (Source)

Kempen GSMT yang dirangka oleh MYDIN ini bukan saja mendapat sambutan baik daripada para pengguna, malah telah mendapat sokongan baik daripada kementerian dan agensi kerajaan. YB Datuk Hj. Ahmad Maslan juga menzahirkan sokongan beliau kepada MYDIN dan menggesa Pasar Raya Besar lain untuk mencotohi MYDIN dalam usaha mengekalkan harga barangan semasa dalam Keratan Akhbar, "New Straits Times", semalam. "Pengguna berhak untuk membeli dan memilih".


Jadi, "Mengapa Bayar Lebih?  Belilah Dengan Harga Borong!" di MYDIN.

Jom shopping?!!



Untuk maklumat lanjut tentang MYDIN, sila layari :




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Bandingkan harga 1 April dgn harga 28 Mac. Anda akan tahu. Mydin menaikkan harga 6% secara berperingkat. Bukan pada 31 Mac.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.